Hilanya Sebuah Pengubat Kerinduan

Kerinduan ku kesakitan ku dan kesunyian hatiku hanya dapat diluahkan dengan melihat wajahmu dari jauh.. walaupun jauh ianya cukup untuk mengubat segala kedukaan yang tersarang di dalam hati ini.. Hari ini 27 ogos 2010 aku x dapat lagi melihat wajahmu.. kenapa buat cm nie.. dekat mana lagi nk aku melepaskan kerinduan.. Hari nie aku xde mood nk wt keje.. terlalu banyak masalah yang bersarang dalam kepala nie x tau nk meluahkan dimana lagi.. Saya sayang kamu saya rindukan kamu..

Menunggu Detik Pulang Kerumah Ku..

Sabtu yang sering membosankan diri ku.. KERJA2 dan terus KERJA di hari sabtu yang sememangnya datang tuk memenuhi syarat company.. xde apa pn keje.. selain menangok Pc melayari internet..mencuba game2 baru..melayan youtiub dan mendengar kebisingan En feroz bermain game ditemani sahabat sejatinya En zulhaidi selaku penasihat game...

Alangkah indahnya jika waktu2 bergini aku berada dirumah ku.. indah bersama tilam dan bantal ataupun sedang mengadakan aktiviti cuci-mencuci.. Cuci- mencuci??.. cuci-mencuci yang dimaksudkan ilah..mengemop rumah,membasuh baju dah membasuh balcony rumah ku yang agak lama aku tidak bersekempatan mencucinya..

Tapi alangkah indahnya dapat g ber "shopping" tok raya yang hampir tiba nie.. mega sale melanda time nie.. tinggal meleburkan duit xtentu pasal lak pas nie kn.. x yah la shopping sangat duit tu simpan.. banyak lagi nk beli tok wedding tu .. tentu ayat tu yang kedengaran bila nk ajak my fiancee shopping t.. tentu rasa kehampaan.. dah xperlu pk la shopping2.. pk nk balik umah tdo je..ZZZZZZZzzzzz sangat la tdo klu aku dah kt rumah t.. laen aku mengotes t.. xde maknanya nk tdo..

NOW!!!! melayan semula la muka buku sementara menanti waktu pulang.. sedarlah yang aku sekarang berada di OFFICE I SYSTEM TRAINING CENTRE KL.. Huhhh tu hakikatnya

Adakah Kamu Mersa BErgini?

Sesiapa yang singgah dekat blog aku nie... tolong tengok link nie..k


http://www.facebook.com/video/video.php?v=135559133142242

1 Ramadhan 1431 H

Hari nie hari pertama umat islam berpuasa.. Aku sangat sedih sebab x dapat sambut awal puasa.. atas sebab-sebab yang diharamkan untuk berpuasa bagi golongan cam aku nie.. hahahha pepaham je la yup... seronok bulan puasa nie.. amalan ibadat dapat ganjaran yang berganada.. pastinya ramai yang menunggu kedatanganya untuk memperbanyakan ibadah kepada Allah SWT.. untuk berpuasa yang penting niat...



Selepas niat kita haruslah menjaga tingkah laku dari segi percakapan dan perbuatan supaya kita tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..

Insyallah segala amalan kita dibulan ramadhan yang berkat ini di terima oleh Allah SWT..

Selamat Menjalani ibadah puasa

11 Ogos 2010 Bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431 H..Kepada semua umat islam "Selamat Berpuasa" Semoga ramadhan kali ini diberkati oleh allah S.W.T.. Kemunculanya pasti dinanti2 oleh semua umat islam..
Malam nie dah start solat terawih..pagi sok lak dah mula la kaum ibu sebok bangun pagi masak juadah bersahur.. emmm kejutkan anak2 lagi satu hal.. lagi2 yang liat nak bangun.. pasti lebih seronok bagi ibu2 yang 1st time nk anak dye start berpuasa thn nie... sure mcm karenah si anak..

Bagi aku lak tahun nie buka puas sure sensorg.. ujung minggu je la berteman.. berteman ker sorg ker x jadi masalah la.. yang penting puasaku dirahmati oleh allah.. amin...

Panduan Perancangan Majlis Perkahwinan

12 BULAN SEBELUM
• Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh & waktu bernikah
• Mengatur bajet yang diperlukan samada RENDAH, SEDERHANA atau MEWAH
• Meneliti lokasi majlis samada akan dilakukan di Hotel, Dewan atau rumah
• Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu samada berhidang atau buffet

11 BULAN SEBELUM
• Menetapkan tarikh nikah, kahwin & bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak
• Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan
• Mengintai-intai pakaian perkahwinan
• Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dll.

10 BULAN SEBELUM
• Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara
• Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis
• Mencari beberapa lokasi & tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet

9 BULAN SEBELUM

• Mengumpul nama-nama tetamu
• Pilih katering atau masak sendiri. Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang
• Pilih JURUFOTO dan JURUVIDEO

8 BULAN SEBELUM

• Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk dewan atau hotel)
• Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
• Menyelesaikan segala temujanji dengan doktor

7 BULAN SEBELUM

o Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
o Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
o Memilih JURUSOLEK

6 BULAN SEBELUM

o Mula menempah kad perkahwinan
o Menghubungi kadi dan Pejabat Agama Islam
o Menjalani ujian darah / HIV jika diperlukan

5 BULAN SEBELUM

• Menyelesaikan semua urusan persandingan (Bayar Deposit, Menyedang Pakaian)
• Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis)
• Menempah cenderahari untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM

o Pilih CINCIN perkahwinan
o Menyiapkan gubahan hantaran (samada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
• Memastikan kelengkapan P.A. Sistem lengkap seperti Deejay, iringan lagu, kompang dan sebagainya
• Mengaturkan penginapan bagi saudara & rakan terdekat yang datang dari JAUH

2 BULAN SEBELUM
• Menulis dan Mengutuskan kad perkahwinan kepada tetamu
• Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah
• Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM

• Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu, sauna & sebagainya)
• Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
• Pastikan segala tempahan pelamin, jurusolek, tiket kapal terbang, bilik dan perkahwinan berjalan dengan lancar
• Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah , tiara dan kasut
• Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik

3 MINGGU SEBELUM

o Bertemu dengan segala urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar
o Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis
o Berada di lokasi lebih awal untuk mendapatkan MOOD majlis

SEMINGGU SEBELUM

o Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urusetia jika terdapat sebarang perubahan
o Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum BERCUTI
o Hindari KONFLIK, TENANGKAN DIRI

DI HARI PERKAHWINAN

• Pastikan ANDA mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
• MANDI sebersihnya agar kelihatan SEGAR sepanjang hari
• BERDANGAN Cantik, Senyum dan BerDOAlah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers