Kali ke-2



Kali ke -2? apa yang ke-2 tuhhh...

Kali ke-2 aku buat Guest book wedding aku.. aku dapat sumber ilham pun daripada sebuah blog.. p aku lupa pe nama blog tu..
Guest book wedding? apa dye tu.....

Guest book wedding nie kira macam tetamu yang hadir boleh menulis ucapan untuk pengantin dan keluarga didalam buku nie la.. So pengantin nanti boleh la menambah koleksi untuk memori di hari bahagia mereka...

Napa kali ke-2? yang pertama mana?tak jadi ker??????

Of course la jadi... p x sempat nk print Coz mcm u all tau my lovely benQ dicurikan..
Sangat sedih mengenangkan............bila la nak dapat pegantinya.....


Nak Share la cikit Design my Guest book wedding...
-
-
-
-
-
-
-
-

Inilah Hasilnya...



Cantik x?????

Nie untuk tetamu2 kesayangkan aku mencoretkan ucapanya.. dalam fikiran ad gak telintas nk menulis sedikit cerita antara aku n En tunang kisah2 percintaan kami.. ewahhh

Tengok la t mcm mana.. Now aku dah siap 100 print page, tinggal nk hantar banding n kalu rajin nk menambah cerita cinta kami hehehehe.. buku nie aku namakan "Sepuluh april 2011" kerana???? ia merupakan Tarikh dimana kami akan disatukan kelak, insyallah semoga ianyan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Semoga Allah mengizinkan supaya Diriku ini menjadi yang HALAL buatnya. Amin..

Apabila buku nie dah berhasil kelak, akan ku postkan kt bolg nie insyallah untuk tatapan korang yang sudi baca blog nie.. n semoga boleh membantu menambahkan ideal tok wedding korg kelak..



Mungkin tiada rezeki..

November,20,2010... Terima pangilan daripada rakan sekerja..
Rakan sekerja:Cik yan dekat mana?
Aku:Saya ad kt kedai depan nie beli Sarap nie En.Ady..
belum sempat tanya kenapa...
Rakan sekerja:Office kena pecah masuk leptop cik yan hilang..
Aku: Hilang?.....
terus aku naik opis.. ya Allah betul office kne pecah!! leptop aku.. ya allah mula aku rasa mcm gurawan en ady.. tapi kenyataan.. grill dah kne potong.. Habis beselarak office.. yang dapat dikesan 2 leptop hilang.. leptop company n my leptop my lovely leptop benQ..memang la leptop tu x secangih mane.. p aku dah lama gunakan dari belajar sem 1 sampai kan dah kerja.. hampir 3thn setengah leptop tu berjasa kepada aku.. document,pic.. jgn cakap la.. semua dalam tu.. mana aku nk cari ganti kenangan tu.... p aku cuba menerima kenyataan itu..bukan rezeki aku lagi..

Selepas buat polis report baru aku persan bateri leptop aku ad bawah meja.. aku cabut seminggu sebelum kejadian.. bateri mmg ok lagi la.. leptop aku jaga baik x pernah format lagi.. origenal windows tu...p buta gak la penyamun tu..walaubagaimanapun aku xkn halalkan penyamun tu amik leptop aku.. xkan senang idup dye dunia akhirat.. nama pn penyamun apa ad kesah hal ke haram kan.. p kau terima lah balasan untuk sikap ko tu.. dunia akhirat xkan selamat..

Sangat geram... sabo yup yan..... insyallah ad rezeki dari Allah t.. beli la yang lain k..


Ketentuan Ilahi

November 12, 2010.. Sesungguhnya Ya Allah Jika ini ketentuan dari mu aku terima dengan hati yang lapang walaupun perit terpaksa aku telan.. Munkin ini yang dinamakan liku2 kehidupan yang harus dilalui.. Sukur juga aku panjatkan kepada mu ya allah sebelum terlamabat, ad hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Pe yang akan belaku sekarang dijadikan pengajaran dalam hidup ini.. Ya allah Kuat kan lah iman dan hatiku ya allah berikan la aku kekuatan sesungguhnya aku hamba yang hina lagi kerdil.. Semoga dipermudahkan urusan ku untuk meneruskan pejalanan hidup yang bersisa ini..

Hilanya Sebuah Pengubat Kerinduan

Kerinduan ku kesakitan ku dan kesunyian hatiku hanya dapat diluahkan dengan melihat wajahmu dari jauh.. walaupun jauh ianya cukup untuk mengubat segala kedukaan yang tersarang di dalam hati ini.. Hari ini 27 ogos 2010 aku x dapat lagi melihat wajahmu.. kenapa buat cm nie.. dekat mana lagi nk aku melepaskan kerinduan.. Hari nie aku xde mood nk wt keje.. terlalu banyak masalah yang bersarang dalam kepala nie x tau nk meluahkan dimana lagi.. Saya sayang kamu saya rindukan kamu..

Menunggu Detik Pulang Kerumah Ku..

Sabtu yang sering membosankan diri ku.. KERJA2 dan terus KERJA di hari sabtu yang sememangnya datang tuk memenuhi syarat company.. xde apa pn keje.. selain menangok Pc melayari internet..mencuba game2 baru..melayan youtiub dan mendengar kebisingan En feroz bermain game ditemani sahabat sejatinya En zulhaidi selaku penasihat game...

Alangkah indahnya jika waktu2 bergini aku berada dirumah ku.. indah bersama tilam dan bantal ataupun sedang mengadakan aktiviti cuci-mencuci.. Cuci- mencuci??.. cuci-mencuci yang dimaksudkan ilah..mengemop rumah,membasuh baju dah membasuh balcony rumah ku yang agak lama aku tidak bersekempatan mencucinya..

Tapi alangkah indahnya dapat g ber "shopping" tok raya yang hampir tiba nie.. mega sale melanda time nie.. tinggal meleburkan duit xtentu pasal lak pas nie kn.. x yah la shopping sangat duit tu simpan.. banyak lagi nk beli tok wedding tu .. tentu ayat tu yang kedengaran bila nk ajak my fiancee shopping t.. tentu rasa kehampaan.. dah xperlu pk la shopping2.. pk nk balik umah tdo je..ZZZZZZZzzzzz sangat la tdo klu aku dah kt rumah t.. laen aku mengotes t.. xde maknanya nk tdo..

NOW!!!! melayan semula la muka buku sementara menanti waktu pulang.. sedarlah yang aku sekarang berada di OFFICE I SYSTEM TRAINING CENTRE KL.. Huhhh tu hakikatnya

Adakah Kamu Mersa BErgini?

Sesiapa yang singgah dekat blog aku nie... tolong tengok link nie..k


http://www.facebook.com/video/video.php?v=135559133142242

1 Ramadhan 1431 H

Hari nie hari pertama umat islam berpuasa.. Aku sangat sedih sebab x dapat sambut awal puasa.. atas sebab-sebab yang diharamkan untuk berpuasa bagi golongan cam aku nie.. hahahha pepaham je la yup... seronok bulan puasa nie.. amalan ibadat dapat ganjaran yang berganada.. pastinya ramai yang menunggu kedatanganya untuk memperbanyakan ibadah kepada Allah SWT.. untuk berpuasa yang penting niat...



Selepas niat kita haruslah menjaga tingkah laku dari segi percakapan dan perbuatan supaya kita tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..

Insyallah segala amalan kita dibulan ramadhan yang berkat ini di terima oleh Allah SWT..

Selamat Menjalani ibadah puasa

11 Ogos 2010 Bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431 H..Kepada semua umat islam "Selamat Berpuasa" Semoga ramadhan kali ini diberkati oleh allah S.W.T.. Kemunculanya pasti dinanti2 oleh semua umat islam..
Malam nie dah start solat terawih..pagi sok lak dah mula la kaum ibu sebok bangun pagi masak juadah bersahur.. emmm kejutkan anak2 lagi satu hal.. lagi2 yang liat nak bangun.. pasti lebih seronok bagi ibu2 yang 1st time nk anak dye start berpuasa thn nie... sure mcm karenah si anak..

Bagi aku lak tahun nie buka puas sure sensorg.. ujung minggu je la berteman.. berteman ker sorg ker x jadi masalah la.. yang penting puasaku dirahmati oleh allah.. amin...

Panduan Perancangan Majlis Perkahwinan

12 BULAN SEBELUM
• Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh & waktu bernikah
• Mengatur bajet yang diperlukan samada RENDAH, SEDERHANA atau MEWAH
• Meneliti lokasi majlis samada akan dilakukan di Hotel, Dewan atau rumah
• Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu samada berhidang atau buffet

11 BULAN SEBELUM
• Menetapkan tarikh nikah, kahwin & bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak
• Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan
• Mengintai-intai pakaian perkahwinan
• Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dll.

10 BULAN SEBELUM
• Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara
• Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis
• Mencari beberapa lokasi & tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet

9 BULAN SEBELUM

• Mengumpul nama-nama tetamu
• Pilih katering atau masak sendiri. Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang
• Pilih JURUFOTO dan JURUVIDEO

8 BULAN SEBELUM

• Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk dewan atau hotel)
• Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
• Menyelesaikan segala temujanji dengan doktor

7 BULAN SEBELUM

o Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
o Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
o Memilih JURUSOLEK

6 BULAN SEBELUM

o Mula menempah kad perkahwinan
o Menghubungi kadi dan Pejabat Agama Islam
o Menjalani ujian darah / HIV jika diperlukan

5 BULAN SEBELUM

• Menyelesaikan semua urusan persandingan (Bayar Deposit, Menyedang Pakaian)
• Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis)
• Menempah cenderahari untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM

o Pilih CINCIN perkahwinan
o Menyiapkan gubahan hantaran (samada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
• Memastikan kelengkapan P.A. Sistem lengkap seperti Deejay, iringan lagu, kompang dan sebagainya
• Mengaturkan penginapan bagi saudara & rakan terdekat yang datang dari JAUH

2 BULAN SEBELUM
• Menulis dan Mengutuskan kad perkahwinan kepada tetamu
• Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah
• Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM

• Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu, sauna & sebagainya)
• Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
• Pastikan segala tempahan pelamin, jurusolek, tiket kapal terbang, bilik dan perkahwinan berjalan dengan lancar
• Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah , tiara dan kasut
• Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik

3 MINGGU SEBELUM

o Bertemu dengan segala urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar
o Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis
o Berada di lokasi lebih awal untuk mendapatkan MOOD majlis

SEMINGGU SEBELUM

o Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urusetia jika terdapat sebarang perubahan
o Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum BERCUTI
o Hindari KONFLIK, TENANGKAN DIRI

DI HARI PERKAHWINAN

• Pastikan ANDA mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
• MANDI sebersihnya agar kelihatan SEGAR sepanjang hari
• BERDANGAN Cantik, Senyum dan BerDOAlah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

Indah bersamamu..

Semalam off day.. aku g PUNB dengan my fiancee.. g dengar seminar la pe lagi..saje2 dengar2 tok dapatkan dana nk mulakan perniagaan katanya.. dapat la juga input dari ctu.. tapi kami x wt saringan lagi..tengah mengumpul2 buah fikiran daripada seminar2.. nk berniaga nie bukan mudah banyak risiko.. so cari pengalaman dulu.. dalami dulu..cari la ilmu dari bengkel khas..

Paling menyeronokan dan xdapat dilupakan first time jln2 dgn my fiancee naik monorail n ktm.. memandangkan susah kn cari parking tok g plaza sentral kami memilih menaiki KTM.. hahahah kami naik dekat bandar tasik selatan.. tergelak rasa x sangka my fiancee nk jugak naik train.. selalu janji je nak naik, bile tiba masa mesti naik kerta punya..cm2 alasan bagi bile dipersoalkan..

Lepas seminar habis lebih kurang kol 12.00 kite org berjalan g ker monorail KL sentral.. naik monorail tengok my fiancee cam pelancong pn ad.. destinasi dituju pavilion.. tujuanya nk tngok movie "MENTRA" my fiancee la sebok sgt nk tngok movie nie.. teringat lak pulak student id mase belajar de ag.. gune student id dapat la diskaun..hoho movie start 1.30pm.. sempat lagi singgah kt taiwan dessert..

X ramai pn yang tengok boleh dikira bilanganya dengan jari .. ye lah hari berkerja kn... pas tu terus kami bergegas balik.. naik monorail semula turun kt hang tuah n tukar train star.. sampai kt bandar tasik selatan terus g ARIFF Conner at balakong coz my fiancee dah x tahan lapar x mkn dari pagi.. kesian2.. haruslah lapar x makan pape lagi pg ..

So kesimpulannya, hari yang bergitu indah bagi ku..

Coretan di pagi jumaat

Sementara menanti pelajar aku menyiapkan latihan bahasa inggeris terasa tanggan nie nk menaip sesuatu di blog nie.. pagi tadi aku mendengar radio HOT FM.. terdengar kisah En ari.. wahh sangat sayu hati ini... mengapa nk sayu pulak yup? Harus la.... seorang suami yang mahu membuang segala "ego" seorang lelaki demi mempertahankan rumah tangga yang dibinanya demi masa depan anak2 nya.. terdengar tangisan seorang lelaki yang bergitu ikhlas mengorbankan sepenuh jiwa raganya untuk mempertahankan mahligai yang di binanya dahulu.. sikap nie la harus dicontohi oleh semua lelaki.. walaupun dirinya dah x sehaluan dengan isterinya tetapi dia nk juga berusaha untuk sedaya upaya demi anak-anak.. tabik la En ari..
Saya juga berharap semoga allah memberikan kekuatan untuk en ari dan isteri menerusakan mahligai yang dibina.. amin..

Bagi saya En ari adalah seorang lelaki yang sangat baik.. betol la En ari Ego xkan membawa sesuatu kebaikan pun dalam diri malah akan merugikan kelak.. klu dah sayang sesuatu tu, lupankan la Ego.. Buang jauh-jauh..

Laguku Untukmu Hasnol

Dari HatiKu♥♥

Ape yang ada dalam hati saya sekarang?
"Saya Rindukan kamu..."
Yup, Itulah kenyataanya.. saya sangat rindukan kamu!!
"Yup Kamu la yang saya rindukan"
Hati saya juga bertanya dan berkata-kata adakah awak pun mempunyai perasaan bergitu?
"xtau la.. tapi keyakinan hatiku juga berkata, kamu juga memiliki perasaan yang sama.. kamu rindukan saya"
Betulkan?emmm kamu tanya la pada diri kamu sendiri.. Klu betul tolong la luahkan kepada saya.. saya sangat menanti jawapan dari kamu.. saya sangat rindukan diri kamu, kamu akan membuatkan hati merindui diri kamu.. Saya Sayang kamu..♥♥

Sangat Suka Cantik dah Ringkas

Cantik x kad nie??


My Heartku

Kad kahwin MYHEARTKU dengan tiga pilihan warna gelap - hijau firus, biru tua dan merah hati sesuai bagi mereka yang mahukan kad kahwin dalam rona berbeza daripada yang biasa. Motif dua hati meluahkan perasaan sebenar bakal raja sehari. Kad undangan perkahwinan lain dari yang lain kerana sengaja biar polos pada muka depan; tanpa ayat undangan hanya ada dua nama insan teristimewa itu.

Emmmm suka2... Masuk keje je sementara tunggu student mai claz aku cam biase la bermuka buku dulu.. ternampak pulak kadkawinku.. teringat lak nk kwen lagi beberapa bulan so terus g web nie wah2 wah makcik, berkenan lak kad nie.. so simple, look nice dgn warnaya.. dan tertarik lak dengan harga n dekorasinya..



Hangin out with My hubby n Friends

Aktiviti hujung minggu

Semalam keluar g makan cendol kat kajang kedai "Cendol Uncle hussin" name nk uncle hussin je.. hohoho.. dah lame aku mengidam nak minum cendol baru semalam my fiance bawak.. terok2.. mmg terbaik ar cendol dye.. p smlm minum mase time ujan so nikmatnya x terasa sgt.. cuba perkena time panas baru terangkat..

Lepas tu p'jalanan diteruslkan ke i-city shah alam.. sebelum tu tunggu adek+wife( ziha) n kontang+wife (kak jun) + twins baby kt shell pas tol 50 sen connaught.. emm sape tunggu sape ek.. emmm sampai je dye org pn dah ad kt sne.. meneruskan p'jalanan sebagai panduan call cik aimi tuk tanya jln hahahaha... aimi dah mcm GPRS dah kamu..

Dalam kol 8.00 mlm kami sampai kt sana.. emmm i-city.. blh dikatakan biasa je la.. xde best sgt.. yang paling rasa x best time kami g tu hujan renyai2 n baru lepas ujan lebat so sangat lecak.. pape pn sempat gak la posing sekeping dua tok kenangan ari tua.. hahahaha


Lampu yang beraneka Warna Menceriakan suasana

Menjinakan haiwan kutup katanya



Berangan Main Salji



Adek la yang sebok nk g sini sgt

Lepas tu kami g makan kt kelana jaya.. ikot si kontang punya ideal hancus.. perancangan nk mkn westen food, lain makanya.. perot dah lapar makan je la korg yup.. tempat makan kami mlm tu di restoren sup kaw sebelah giant kelana jaya.. semua makanan ad kt citu westen pn ad p x menyelerakan..harga pulak berganada.. bik g mkn wasten kt kg baru lg best.. emmm makan punya makan.. tetibe si twins wt hal.. muntah pulak si adik tersedak makan daginga... sib baik yg laen dah abis mkn klu x putus selera..
Pastu kami semua balik la rumah masing2...

Di mane Letaknya RumahKU...

Hampir 3 minggu kepala nie memikirkan dimanakah lokasi rumah yang hendak dibeli... Puas dah pusing satu cheras sampai ke semenyih mencari umah... mcm rumah dah aku jumpe..
Tuan Rumah kedaung yang aku sewa skrg nie ad la offer suh beli umah dye.. tok mase jangka pendek nie.. betol rumah tu mmg cukup selesa.. p t bile dah kwen dah mengandung, dah ad anak larat ker aku nak mengagahkan diri naik tingkat 4...ummmmmm

Rumah sekarang nie lg batter keluasanya dan boleh lah dikatakan tawaranya sangat la berpatutan.. Rumah yang aku tengok2 dan intai2 selama 3 minggu nie dah la mahal, kemudahan lagi kurang dari yang dok ad sekarang.. so yang dok ad tu lg "The Best"..

Rumah LELONG pulak.. Ummm mmg murah.. p kne tau gak utang yang ditingalkn oleh tuan rumah sebelum dilelong.. klu apartment kne check ad ke tidak gantung service charge apartment tu...

For now aku hanya mampu tuk memiliki Rumah Apartment je.. duduk KL mane nak cari rumah yang bertapak pada tanah dengan harga yang murah maksudnya disini Rumah teres.. sume hampir 200k...Aku nie baru nak hidup.. belum mampu lagi hehehe

yallah pemudahkan lah urusan aku secepatnya.. semoga aku mendapat kediaman yang selesa, berpatutan dan mampu dimiliki..memenuhi citarasaku..Dan menjadi surga duniaku aminnn..

CoRetanku Hari Dipagi ini

Pagi nie cuaca agak mendung disulami hujan renyai... Seperti pagi2 sabtu yang berlalu.. pagi yang disambut dengan kepayahan tok bangu g kerja p tepaksa digagahkan tubuh yang lemah nie kerana amanah yang perlu dipikul ditempat kerja.. pikul??? pikul la sgt.... hohoho.. Seperti biasa tugas dihari sabtu ialah ber "FACEBOOK" dari pukul 9 pagi hingga pukul 1 tengah hari.. hebat keje aku hohoho.. datang pejabat hari sabtu tok penuhkan mase berkeje p kejenya x de.. ye la.. student cuti bis kami nk mengajar sape kn...mengajar diri depan laptop or pc la... masing2 mencari hiburan masing2 tok menanti jam menujukan 1 p.m.. aku lak kdg2 terpaksa menunggu kul 2pm.. sebab tukang jemput akan datang time tu.. Buat penat dan membazir duit pn ad wat lesen p aku x dilepaskn lagi memandu sendiri.. nak tak nak terpaksa la menanti si dia pas keje..
ummm....

Cerita Di Perak




15 may yg lepas.. teman ke perak, macam-macam yang berlaku best memang best p x tahan sangat kepanasan cuaca kat sane.. hehehehe.. memulakan pejalan seawal jam 8 pagi dan sampi kira2 jam 12.30 tengah ari.. samapi sane aku terus ker institut pertanian titi gantung. pat adik aku belajar.. pas tu kami g jln2 ke lumut.. otw ke lumut keta habi lak wt hal.. bile laju geger2.. nasib bik kt lumut ada byk benkel keta.. kami p g melepak kat kedai keta sampai kol 5.. berehat abis kami kt situ.. hoho.. kedai tu pn selesa.. p yang bestnya kami jumpe budak yang sangat comel.. my hubby geram sgt dgn kecomelan budak tu.. name dye Fara Aliya Qistina.. sedap namanya secomel rupanya..









Nie la dye Fara Aliya Qistina comel kn?

dye nie anak org kedai sebelah tu..mula2 malu last2 dapt gak take pic si comel nie.. miz u comel..

sambung blik cite k..pas semua ok.. keta pn dah ok.. kami terus ker jetty port lumut.. g beli belah jap kt sane and take pic... nsib bik dah petang klu x aku dah seberang nik ferry g pangkor..hoho..


Bukan shopping ape pn bli sotong kering nie je..





nie antara pic kat Jetty port







area pekan lumut

pas tu kami g teluk batik nk tngok matahari tebenam..






Nie suasana kt teluk batik..pic x byk sgt kt cnie.. battery camera low

Sepetang kami di lumut, otw blik hantar my sis semula kt ip.. amik brg2 n gerak balik ke KL.. lebih kurang kol 8.30 memulakan pejalanan dan sampai semula kat kl kol 12.30 mlm.. mmg penat gile.. tdo mlm tu ibarat pengsan..

♥ ♥Ku Panjangkan Kesukuran KepaDa iLLaHi ♥ ♥

Sukur kepada Allah kerana memanjangkan usiaku.. 5 may 2010 genap usia ku 24 tahun.. YA ALLAH ku panjatkan kesukuran kepada mu kau beri nikmat kesihatan serta ko panjangkan umurku Ya ALLAH.. aku sangat berharap supaya kau berikan ku kesihatan yang baik rezki yang murah serta panjangkan umurku supaya aku dapat mengecapi keindahan yang kau cipta di muka bumi ini..
Kepada warga2 I Systems KL, terima kasih yang x terhingga kepada kalian semua, mengadakan surprise party..

Thanks u all



Birthday card from Pn ann and wish from my students


From my all my student and en ezzmer
cantik bangat i like..

Yang Nie From Pn Ann kain songkit
Cantik sgt2.. thanks Puan

Pape pn thanks u all.. tersangat2 terharu..ummm.. birthday tahun nie adalah birthday yang ke2 terbest selepas tahun 2005..xoxoxo.. semoga ALLAH memberikan lebih banyak nikmat kehidupan didunia ini dan juga di akhirat kelak..aminn..

Surprise from My Love.. HUBBY

Jumaat lepas mcm x percaya.. my hubby datang bawak kotak besar Jeng..Jeng..



Buat2 tanya..
aku: B ape benda nie..
Hubby:Nah tok bu..
aku:P tok ape?
Hubby:Tok Birthday bu ar..
aku:Bkn birthday bu 5 hb ker?
Hubby:Yup.. bagi awal takot2 buu nk guna g fraser t..
aku: Pe nie.. bukak ekk..

Jeng2..

Bukak baca kat dulu.. isinya kandunganya RAHSIA...huhu


Apa agaknya cuba teka..xoxox



Hand beg

Sangat terharu.. Thanks hubby.. p sebabkn sayang punya pasal bkn selalu dapat hadiah cm nie aku x gune pn g fraser.. simpan semula dalam kotak..
p/s to my hubby: thanks syg.. bu syg b..

Mood: x sabar nk bercuti.. yaHOO..

Sangat penat.. hari2 mau g keje.. x sabar menanti 1may.. nk becuti puas2.. rancangan g Bukit Fraser.. arap2 semunya berjalan dengan lancar.. nk rehat tenangkn otak dari keserabutan berkerja dan karenah anak2 murid yang like kacang hantu..hohoho...
Dah lame x g sane.. seingat aku.. last g Bukit Fraser mase tu umur aku 10 thn.. skrg umur aku dah bape lak.. tapi paling x leh aku lupe.. bisol aku leh pecah mase tido kt hotel Bukit Fraser..wah2 wah.. kesian p'keje hotel tu nk cuci darah bisol aku.. ada ag pic tu kt kg.. t aku nk scan n upload la.. leh wt tatapan anak cucu..cewahhh..

Bukit Fraser
WOW BESTNYA!!








My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers